Peminat blog kami

Jumaat, 20 Ogos 2010

SENI MUZIK

SENI MUZIK 
Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik di negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran zaman rakyat juga dapat menikmati seni ini pada masa kini. Alat muzik juga merupakan lambang estitika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.

CONTOH – CONTOH ALAT MUZIK TRADISIONAL

GONG

 

Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.

 
BONANG

 

Bonang juga menghasilkan bunyi seperti gong tetapi mempunyai bunyi yang lebih halus dan mempunyai pelbagai bunyi.Ia mempunyai 10 buah canang yang dibuat dari perenggu. Canang cang ini berwarna keemasan dan disusun kemas dalam dua baris dan diapungkan di atas dua ingkar.Bonang lazimnya dimainkan dalam muzik Gamelan.
GENDANG


Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.

 
SERUNAI


Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit dan sebagainya.
KOMPANG

 


Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekeliling. Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di sekeliling yang mempunyai bunyi yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan antara alat muzik yang paling popular di Malaysia. Kompang dimainkan dengan mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari. Kompang juga digunakan dalam pelbagai majlis seperti majlis kenduri dan perarakan hari kemerdekaan. Kini kompang digunakan bagi menyambut tetamu kehormat dalam sesuatu majlis. Kompang dimainkan secara berkumpulan. Lazimnya kompang dimainkan oleh sepuluh orang dan mempunyai seorang ketua yang bertindak menjadi ketua. Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.
REBANA


Rebana ialah alat muzik yang dipukul dan dipalu untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan pada zaman dahulu. Bunyi-bunyi yang dihasilkan mempunyai makna tertentu seperti serangan musuh, penguguman diraja,penguguman majlis dan kematian. Kini rebana digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam bidang muzik. Ia telah menjadi alat muzik yang digunakan untuk persembahan dalam acara kemasyarakatan dan persembahan. Rebana lazimnya dipalu pada hari kebangsaan dan dimainkan dengan alat muzik yang lain. Pemukul atau pemalu rebana perlu mempunyai kekuatan dan stamina yang kuat bagi menghasilkan bunyi dari rebana.
GAMBUS

Gambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan dalam dalam pelbagai gaya dalam muzik tradisional melayu. Dalam sejarah, alat muzik ini dikatakan dibawa ke Malaysia oleh pedangang dari Parsi serta negara timur tengah yang lain. Alat muzik ini direka dengan seni yang amat halus dan diukir dengan teliti. Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis kayu. Gambus menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi. Cara menghasilkan bunyi gambus ialah petikan talinya. Gambus merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Jika dilihat dari corak yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsuk kesenian timur tengah yang ditonjolkan.

 
SAPE


Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masayarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di Sarawak. Sape berasal dari kaum kayan. Sape juga merupakan salah satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik. Ia berbentuk lebar,mempunyai tali,bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan. Selaras dengan peredaran zaman,sape dimainkan secara sosial dan dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

MUZIK TRADISIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA


GAMELAN

Gamelan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Gamelan Jawa,Bali,Sunda,Banyuwangi,Kromong dan Gamelan Amerika.Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal didalam istana bagi tatapan diraja. Pemuzik gamelan lazimnya terdiri daripada 9 orang lelaki dan tujuh orang penari perempuan. Alatan muzik yang digunakan dalam muzik gamelan terdiri daripada beberapa jenis iaitu Gong Agong, Gong Samakan, Gendang Ibu, Gambang dan Bonang. Kini Gamelan diserapkan menjadi pelajaran di universiti dan dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu bagi mengekalkan kesenian ini. Gamelan sudah menjadi satu seni muzik yang diminati dan persembahannnya dipamerkan di tempat bersejarah seperti di makam mahsuri.

NOBAT

Nobat ialah salah satu kesenian muzik yang masih popular di Malaysia. Seni nobat masih terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Dahulunya Nobat terkenal dengan persembahan kesenian untuk diraja khususnya di negeri Perak,Kedah dan Kelantan. Nobat dilihat paling popular di negeri Kedah dan bertapak di negeri itu hingga kini. Muzik nobat dianggap satu kesenian yang amat unik di rantau nusantara. Ia dimainkan di majlis-majlis tertentu sahaja di istana. Kini muzik nobat dijadikan penghibur utama atau pengiring dalam majlis perkahwinan,istiadat pertabalan dan dipersembahkan dalam majlis tertentu bagi memperkenalkan kesenian ini dalam masyarakat sosial di negara kita.

CAK LEMPONG

Muzik tradisional yang dipanggil Cak Lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke -14. Cak lempong dimainkan menggunakan gong-gong kecil yang berbentuk seperti seperti Bonang. Dahulunya Cak Lempong dimainkan bertujuan menyatukan rakyat dan dimainkan ketika upacara sultan di Negeri Sembilan. Kini masayarakat menjadikan Cak Lempong sebagai satu seni muzik yang dijadikan hiburan di majlis perkahwinan,perasmian,keraian dan tarian. Muzik Cak Lempong juga sudah mulai popular di kalangan masyarakat majmuk di seluruh Malaysia. Cak Lempong dijadikan satu pelajaran di institusi pengajian tinggi bagi menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional ini di Malaysia.

GENDANG KELING

Kesenian gendang keling merupakan kesenian yang amat popular di negeri Kedah dan Perlis. Ia diberi nama Gendang Keling kerana terdapat sedikit kesenian dari India yang terdapat dalam seni muzik ini. Antara kesenian India yang terdapat dalam muzik ini ialah irama ,serunai yang digunakan dan bentuk gendang yang digunakan. Kumpulan muzik Gendang Keling lazimnya terdiri daripada lima orang. Dua orang diberi tugas memukul gedang pengibu dan penganak,seorang diberi tugas meniup serunai,seorang memainkan kerincing dan seorang lagi memukul gong jantan dan gong betina. Gendang keling lazimnya dimainkan di majlis-majlis kenduri bagi menghiburkan tetamu yang bertandang. Dalam erti kata lain Gendang Keling sudah sinonim dengan masyarakat apabila sesuatu majlis kenduri diadakan. Dalam persembahan Gendang Keling, lagu-lagu yang dimainkan ialah lagu tradisional seperti kutip siput,ayam didik,selendang mak inang, lagu-lagu india,lagu-lagu siam,dan lagu hindustan. Selain lagu tersebut,kadangkala muzik gendang silat juga dimainkan dalam persembahan kumpulan muzik Gendang Keling.

 
oleh : Mohd Hamizi bin Othman (205291)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan