Peminat blog kami

Jumaat, 20 Ogos 2010

Pelancongan Malaysia

CUTI-CUTI MALAYSIA


Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popula di seluruh dunia.

Pelancongan tanah tinggi



Cameron highland

Cameron highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan air terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

Tarikan pelancong

• Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm

• Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea

• Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm,tringkap dan kuala terla.

• Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.

• Kebun Buah Strawberry.

• Taman rama-rama.

• Tokong sam poh di Brinchang

• Jungle Trekking

• Pasar Sayur dan Pasar malam

• The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park

• Homestay kg taman sedia,tanah rata





Pulau perhentian

Perhentian janji kedamaian dan pesona alam



Pantai timur semenanjung Malaysia menjanjikan kelainan baik dari segi aspek budaya, juadah tempatan mahu pun destinasi percutian. Selain pemandangan memukau diiringi bayu Laut China Selatan yang mendamai jiwa, negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang punya tarikkan tersendiri.

Terengganu yang terkenal dengan resepi makanan dan kebudayaan sering menjadi destinasi pilihan utama bagi pelancung asing. Bagai tidak lengkap percutian di negeri bertuah ini andai tidak mencuri masa bersantai di pantai mahupun di pulau peranginannya.


Pulau yang diiktiraf antara yang tercantik di dunia itu menjadi pilihan kerana pemandangan serta terumbu karang yang menampilkan keunikkan tersendiri, selain spesies ikan pelbagai warna viriasi.

Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dijalankan disini antaranya seperti snorkeling,scuba,berkhemah,melihat penyu bertelur,melihat pemandangan batu karang yang menarik,melihat kepelbagaain hidupan akuatik dan sebaginya.



Pelancongan di Melaka sebagai pelancongan pendidikan

Melaka dikenali dengan Bandar bersejarah




PENGUNJUNG ke Melaka akan disambut dengan slogan, Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia. Slogan itu jelas tertera di pintu gerbang ketika memasuki negeri itu di Lebuh Raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.

Benarkah apa yang ada di seluruh Malaysia ada di Melaka? Secara amnya, banyak produk pelancongan ditawarkan kepada pengunjung baik dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat beli-belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan sebagainya.

Melaka juga bercirikan 1Malaysia, kata seorang peserta rombongan ketika berkunjung ke Melaka baru-baru ini. Dia menegaskan, pendapatnya itu berdasarkan nilai-nilai yang ketara di mata kasarnya.

Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum.

Dari zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman Kesultanan Melaka kemudian ke zaman penjajahan seterusnya era sebelum dan selepas merdeka.

Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chitti hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas mempunyai kuasa tarikan untuk pelawat domestik dan pelancong asing.

Keistimewaan diiktiraf

Bandar raya Melaka bagaikan bandar dalam taman, kerana di celah-celah sistem jalan raya yang teratur dan bangunan tinggi serta moden, mata akan dipukau pemandangan indah landskap taman dan bunga-bungaan yang ditata rapi dan bersih.
WARNA merah bangunan Stadhuys ini menjadi antara ikon kegemaran untuk peluang fotograf

Melaka terkenal dengan aset sejarah peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda yang terletak di sekitar Bandar Hilir.

Terdapat lebih 20 muzium termasuk Muzium Baba Nyonya dan Muzium Chitti yang menceritakan secara terperinci khazanah sejarah ini.

Pelawat juga boleh mengunjungi perkampungan Portugis di Ujong Pasir, perkampungan Chitti di Jalan Gajah Berang dan Kampung Morten iaitu perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar raya Melaka.

Pelbagai taman disediakan untuk dilawat tetamu selain Zoo Melaka, iaitu Taman Mini Malaysia dan Asean, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, dan Taman Botanikal Melaka.

Tidak ketinggalan, Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Lebah dan Taman Seribu Bunga menawarkan pengalaman istimewa. Semua lokasi tersebut terhimpun di sekitar Ayer Keroh.

Produk pelancongan lain yang patut dilawati ialah menyusuri sungai Melaka dengan bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Duck Tour, Water Taxi dan Kompleks Planetarium.

Jika beberapa negeri di Malaysia bangga dengan pantai mereka, Melaka juga mempunyai pantai yang indah dan bersih seperti Pantai Puteri dan Pantai Tanjung Bidara di samping Pulau Besar.

Kolam air panas di Gadek dan Bemban serta air terjun di Asahan, menambahkan lagi tarikan Melaka. Peminat agropelancongan pula boleh ke daerah Alor Gajah dan Jasin untuk meninjau produk di sana.

Syurga beli-belah


Melaka diibaratkan syurga kepada mereka yang gemar membeli-belah daripada produk kraf tangan hinggalah pelbagai barang berjenama terkemuka.

Pengunjung boleh berjalan kaki dari satu bangunan ke satu bangunan untuk memasuki pusat beli-belah seperti Kota Fesyen di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Batik House dan Dataran Pahlawan Megamall.


MUZIUM Samudera di Bandar Hilir paling diingati kerana reka bentuknya adalah berdasarkan replika kapal Flor De La Mar.
Mereka yang menyukai barang antik boleh mengunjungi Jonker Walk. Premis menjual produk kraf tangan terdapat banyak di pusat bandar dan di kawasan khas serta di tepi-tepi jalan.

Bagi mereka yang mencari tempat untuk menjamu selera, Melaka kaya dengan keistimewaan makanan seperti asam pedas dan ikan bakar.

Malah, tidak sempurna kunjungan kalau tidak pergi ke medan ikan bakar Melaka di Umbai, Kuala Duyung, Serkam dan Alai.

Melaka turut berbangga dengan variasi kemudahan sukan yang disediakan kepada umum di tempat bertaraf dunia seperti Pusat Bowling Antarabangsa Melaka, Sirkit Sukan Pemotoran Antarabangsa Melaka dan padang golf.

Bagi menjadikan Melaka pusat pendidikan terulung, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dari peringkat rendah hingga tinggi. Kemudahan pendidikan itu juga terbuka kepada pelajar antarabangsa.

KREATIVITI hiasan beca dan keramahan pengayuh beca di Melaka pasti meninggalkan kenangan istimewa buat pelancong


 
Oleh : Mohd Zuhair Shahiran bin Muhammad (205358)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan