Peminat blog kami

Jumaat, 20 Ogos 2010

Perpaduan Malaysia

PERPADUAN MALAYSIA


Dewasa ini,perpaduan nasional di Malaysia masih di tahap yang lemah. Kita hanya bekerjasama dan bertolak ansur dalam hal-hal tententu sahaja. Apabila melibatkan perkara besar dan rumit, kita selesa berada bersama-sama kaum sendiri dengan membelakangkan kaum lain.Ini menunjukkan kelemahan perpaduan di negara ini.Mereka lebih merasa kaum mereka lebih hebat dari kaum lain.Keadaan inilah yang menyebabkan sesetenggah dari rakyat malaysia yang tidak mengamalkan perpaduan kaum dan lebih selesa hidup dalam kelompok kaum mereka sendiri sahaja.Apabila berlaku sesuatu isu mereka akan saling menyalahkan antara satu sama lain dan boleh berlaku rusuhan kaum.Keadaan ini boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Oleh itu, Datuk Seri Najib Razak. Telah memperkenalkan gagasan satu malaysia untuk mewujudkan perpaduaan antara kaum.


“Satu Malaysia saya adalah satu harapan agar semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik, atau agama. Oleh itu, Satu Malaysia saya akan sentiasa “memberikan teguran” kepada mereka yang lalai terhadap gagasan “pembangunan untuk semua rakyat Malaysia” secara adil dan saksama.” Datuk Seri Najib Razak


Antara lain, 1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia ialah:

1. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia,” One People”dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan; dan

3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Untuk merealisasikan gagasan ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sejauh mana gagasan 1Malaysia berjaya terpulang kepada kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan Perdana Menteri dan jentera pemerintah melaksanakannya. Semua rakyat tanpa mengira idealogi politik harus memberikan kerjasama.

Perdana Menteri yakin sekiranya konsep 1Malaysia dihayati oleh pemimpin Barisan Nasional, rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional. Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Lapan nilai murni yang digariskan oleh Perdana Menteri sekiranya mampu dilaksanakan sepenuhnya, Malaysia akan jadi negara contoh di dunia.


Pada sambutan kemerdekaan ke-51 isu perpaduan ditekankan,sehingga tema kemerdekaan ke-51 ialah perpaduan teras kejayaan.Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduaan sehingga dianggkat sebagai teras untuk mengcapai kejayaan.Oleh itu rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum mestilah meyokong perpaduaan satu malaysia yang dicadangkan oleh perdana menteri kita kerana ia membawa banyak manfaat kepada ekonomi dan keamanan sejagat.

oleh: Muhammad Firdaus bin Aliasaak (206574)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan